How to contribute/ms
Libatkan diri
Adakah anda menyukai kebebasan perisian dan komuniti sumber terbuka? Adakah anda menyukai aplikasi MediaWiki, Wikipedia, ataupun tapak Wikimedia lainnya?
Jika iya, mari menyumbang kemahiran anda di sini dan belajar bersama dengan penyumbang yang lain. Halaman ini akan menolong anda memulakan dengan membekalkan tinjauan tentang bidang di mana anda boleh terlibat.Projek-projek Wikimedia menggunakan pelbagai bahasa seperti PHP dan JavaScript dalam MediaWiki dan penyambungnya, Lua (dalam Templat), CSS/LESS (dalam rupa dll), Objective-C, Swing dan Java (dalam Aplikasi Mudah Alih dan Kiwix), Python (dalam Pywikibot), C++ (dalam Huggle), atau C# (dalam AWB). Cipta bot untuk memproses kandungan dan simpan alatan anda di Toolforge. Bina padaaplikasi bimbit atau aplikasi komputer. Atau bantu Kejuruteraan Keandalan Tapak memelihara tetapan pelayan.
Pelajari lebih lanjut hanya dengan New Developers/Introduction to the Wikimedia Technical Ecosystem .
Lagi maklumat berguna
Komunikasi
- Terdapat beberapa cara anda boleh berhubung dengan komuniti Wikimedia.
- Anda juga boleh mengikuti dan menyebarkan berita Wikimedia di jejaring sosial.
- Anda juga boleh melanggan Berita Teknologi untuk menerima ringkasan mingguan pada laman perbincangan pengguna anda mengenai sebarang perubahan perisian, tanpa jargon teknikal.
Menyunting dan berbincang di MediaWiki
Jika anda tidak pernah menggunakan MediaWiki sebelum ini:
- Daftar akaun pengguna anda di mediawiki.org.
- Belajar bagaimana menyunting laman wiki dengan VisualEditor atau suntingan sumber.
- Jangan segan untuk menyunting laman pengguna awam anda. Perkenalkan diri anda. Anda boleh menggunakan Templat Info Pengguna. Ketahui dengan lebih lanjut dengan membaca arahan Wikipedia.
- Semak Help:Navigation .
- Anda boleh berbincang mengenai kandungan pada setiap halaman di halaman perbincangan. Anda boleh berkomunikasi dengan pengguna dengan menambahkan mesej awam di halaman perbincangan mereka. Pelajari lebih lanjut di Help:Talk pages .